nuffnang ads

MY FOLLOWERS

Saturday, June 29, 2019

10.04.2019 - DOUBLE LINE!!

Assalamualaikum
hai selamat pagi
lama tak update
Sebelum aku mulakan cerita berkenaan tajuk yang aku letak ni,aku nak explain siap siap.
Tujuan aku update ni cuma nak ceritakan pengalaman pertama pregnant,harap siapa yang belum ada rezeki tu tak terasa bila baca ni.
Aku doakan untuk korang jugak lepas ni. Ok?

Nak dijadikan cerita, sebelum buat upt, aku dah 10 hari jugak lewat period.
Tapi mula mula lewat tu aku memang tak cek.
Sebab takut kecewa lagi, 3 tahun lebih jugak berharap.
Memang kecewa tau tiap kali lewat, cek je negative.
Bila kecewa, husband aku & family la yang selalu tenangkan aku cakap belum ada rezeki.
Tapi sedih tu memang ada la.

Masa lewat period kali ni, tanda tanda nak period tu memang dah ada.
Husband aku pun ada gak cakap "dah ado joki ke"
Aku cuma cakap tak tau la, sebab tak berharap sangat dah. Kali ni macam dah redha.
Kalau ada, alhamdulillah, takd ada boleh cuba lagi.

Ada satu hari aku macam senak kat bawah perut, tiba tiba macam teringat yang along aku masa pregnant pun senak bawah perut.
Aku pun tanya la sorok sorok, taknak mak aku dengar dulu sebab taknak dia excited awal awal.
Hahahaha.
Along pun cerita la dia senak macam mana,memang sama.
Tapi still aku tak ada rasa nak cek lagi sebab masa tu belum sampai seminggu lagi lewat.

Esoknya tiba tiba mak aku tanya pasal tu, ni along la punya kerja ni.
Tak boleh betul simpan rahsia. Rasa nak jahit mulut dia time tu. Hahaha
Mak aku pun apa lagi, siap nak belikan pregnant test sebab nak aku cek.
So aku pun bagi alasan nanti beli sendiri dalam perjalanan balik seremban.

Beli memang beli tapi cek nya tidak. Huhuhu
Bila dah 10 hari tu lewat, hati berbelah bagi nak cek ke idok.
Hati rasa macam ada tapi masih berbolak balik sebab ye la kan,3 tahun lebih hadap.
Orang yang pernah rasa je tau macam mana.

10/04/2019
Masa tu kat tempat kerja, nak rehat malam. Budak lain tengah duduk kat surau, aku pun amik la upt yang dah beli tu bawak pegi toilet, cek.
Lepas dah titiskan, aku letak tepi. Tak nak tengok sebab takut kecewa lagi.

Lepas beberapa minit aku tengok, buntang mata yang dah sedia buntang ni nampak double line!
Nak menangis rasa time tu.
Terus ambil phone, ambil gambar hantar kat husband.
Grey tick pulak. Call pun tak jawab. Geram je!

Lepas tu aku spam mak aku pulak. Pun grey tick.
Hati tak payah cakap la masa tu.
 Sekali ws husband aku dah bluetick and time tu gak dia call.
Mungkin macam blurr lagi, dia tanya aku kenapa.
Aku pun jawab tengok la kat ws tu.
Dia tanya lagi apa benda tu.
 Haih sabar je la laki aku ni.
Bila aku jawab pregnant test dia tanya lagi, kenapa?
Ko rasa aku nak buat apa masa tu?haha
Bila aku jawab ada terus dia jerit Alhamdulillah.
 Borak kejap pastu letak.

Aku sambung lak ws mak aku, mak aku dah jawab je ws terus aku hantar gambar upt tu.
Tak sampai seminit delivered terus mak aku call.
Seronok masing masing.
 Syukur alhamdulillah.

Masa tu still tak percaya.
Husband aku masa tu ada kat rumah mak dia, cakap malam tu tak balik rumah.
 Sekali aku balik kerja elok je baring depan tv dah.
Excited lettew.
 Huhu
Esok tu jugak dia bawak aku g bukak buku merah.
Baru 5 minggu masa tu, ingat belum boleh.
Rupanya tengok tempat jugak.

Dah settle tu, masa duduk sorang sorang aku terfikir.
Mungkin rezeki yang Allah s.w.t bagi ni lepas apa yang aku amalkan bulan sebelum tu.
Dan jugak berkat doa orang orang sekeliling.

Dekat next post la aku cerita eh apa yang aku amalkan tu.
Ada gak cerita untuk update nanti.

Tq sudi baca.
Jumpa dekat next post !


Thursday, March 7, 2019

Sambal Telur Kuning Cair & Chicken Popcorn


Assalamualaikum
hai korang
harini nak cerita pasal menu dinner semalam. 
Ikutkan nak diet tapi mesti sekerat jalan. 
Dok scroll2 ig ternampak ig kak wana kamal masak menu ni. 
Balik keje terus masak sebab barang memang ada. 
Nak share resepi tapi mesti semua pandai buat kan. 

Aku memang suka makan lauk telur, telur kicap ke, telur goreng ke, telur rebus ke, kari telur ke semua balun. 


Sambal telur kuning cair



chicken popcorn

chicken popcorn ni aku masak guna tepung goreng ayam cap bestari je. Tu la yang paling sedap aku rasa. Perap dengan tepung bestari tu setengah jam, pastu goreng lah. Masa nak goreng tu salut lah lagi sekali dengan tepung bestari tu. Goreng sampai garing. 

Lepas tu makan nasi panas2. Sedap wei.

Lepas tu kisah harini member tempat kerja ajak share beli brownies nutella dekat kawan dia. So plan nak diet memang hancur lagi la cerita dia. 

Sebab kesian dia nak beli tapi dia pun tengah on diet, nak rasa 1 je. So kitorang pun share la beli la 1 pack, tambah dengan cream puff pandan 1 pack. Sedap wei. Meh aku share gambar

Brownies Nutella

Creampuff

Nampak sedap kan, memang sedap la cerita dia. Benda menggemukkan memang sedap. Hahaha

Ok la, esok start diet, huhu. 
Ni kalau aku cakap ngan laki aku mesti kena gelak sebab banyak kali cakap diet tapi tak menjadi. 

K bye

Tuesday, March 5, 2019

SAFIYYA HIJAB SPRAY


Assalamualaikum
hai korang
harini aku nak share tentang Safiyya Hijab Spray

Safiyya Hijab Spray ni sejenis pengeras tudung, local produk
Sangat2 memudahkan kerja kerja menggosok
Nama je pengeras tudung tapi bukan untuk tudung je, untuk baju yang susah gosok pon berkesan. 

Korang yang ada masalah beli tudung tapi tak boleh pakai gara gara gelembung sana gelembung sini sampai stress boleh la guna hijab spray ni.  Harga mampu milik, sebab boleh guna banyak kali. 



Ni la rupa Safiyya Hijab Spray 
Aku pun dah beli satu, and terus join dropship. Alhamdulillah baru sehari promote dah ada buyer. Sebab benda ni memang keperluan orang perempuan tau

*Kegunaan cikpiya*

❤ Pengeras tudung
❤️ Memudahkan iron baju yang berkedut dan susah digosok
❤️ Bagi baju ber"line" cantik, tajam
❤️ Memudahkan untuk bentukkan tudung licin
❤️Memudahkan menggosok kemeja
❤️Bentukkan semula awning tudung yang patah (tudung sarung yang ada awning keras tu)
❤️Boleh spray dekat kepala shawl untuk shawl tidak lembik dan boleh terbentuk
❤Tudung sekolah, baju sekolah, uniform sekolah mudah untuk di gosok 
❤️Uniform kerja.
❤️Blouse 
❤️Tudung/bawal satin 

Semua jadi mudah bila Zasss zass jee dengan cikpiya🧕🏻

Untuk guna kat tudung sekolah anak pun boleh. Nampak kemas, kita pun sebagai mak tenang hati tengok anak kemas je pakai tudung

Ni testimoni aku sendiri. Tudung ni memang jarang sangat pakai sebab susah bentuk. Ni gambar sebelum aku spray dengan safiyya hijab spray tu

Tadaa. Gambar selepas. Aku pun guna tau, bukan sekadar jual je. Dah guna sendiri baru tau keberkesanannya and baru konfiden nak jual. Hehe


Ni yang kes tudung awning keras tapi dah kemek. Guna safiyya hijab spray terus terbentuk. 

Dengan hanya bermodalkan RM18.90 je korang dah tak payah stress nak handle tudung yang susah bentuk. 

Cara guna mudah sangat, goncang goncang, spray, gosok, siap! 

Meh nak share sebab kenapa korang harus ada safiyya hijab spray ni dalam simpanan

#saffiyahijabspary

💗 mudah dibawa
💗 waterbase ( tidak berminyak )
💗 berbau wangi 
💗 tudung senang dibentuk
💗 tidak keras dan tidak meninggalkan kesan pada tudung
💗 tidak merosakkan tudung
💗 tahan sehingga dua bulan atau lebih
💗 boleh menghilangkan kedutan pada kain
💗 boleh menghasilkan line yang cantik dan kemas pada uniform kerja
💗 boleh digunakan untuk tudung dan uniform sekolah

kalau nak try boleh whatsapp aku kat no ni
👇 👇

Monday, February 25, 2019

GULAI IKAN BAUNG & LAMPAM

Assalamualaikum
hai korang
ok harini aku nak share pasal menu makan tengahari semalam.
aku ni memang tiap tiap minggu akan balik kampung, gilir minggu balik rumah family aku dan rumah mertua. 
So minggu ni turn rumah mertua. 
Kat rumah mertua ni dalam sebulan, adik beradik mak mertua aku akan balik berkumpul, and akan ada sesi masak memasak. 
Family mak mertua aku memang pakar bab bab masak lagi lagi masakan kampung.
Aku dari tak makan masakan kampung, dah boleh makan. 
Ikan sungai pun tak pernah makan sebelum ni tapi start belajar makan kat rumah mertua. 

Ikan ikan sungai ni hasil dari abang abang ipar aku yang rajin pergi memancing. 
So menu semalam memang hasil dari yang diorg mancing lah. 

Family mertua aku ni kalau bab bab salai memang cara tradisional la senang cakap. 
Salai guna kayu api tau, bukan arang.  
Kat bawah ni aku akan cerita step by step cara mak mertua and adik2 dia dari siang ikan, cuci ikan and siap masak.
Tapi gambar tak cukup, ada yang aku lupa nak snap sebab aku pun busy buat keje lain. 







ok ni masa nak siang. Ni ikan baung. Siang ikan mcm biasa la, lepas siang, perah dengan limau kasturi, biarkan sekejap



ni pulak ikan lampam. Besar2 ikan dia. 
Lepas siap siang, dah perah limau kasturi, cuci.  Lumur dengan tepung dulu baru cuci. 2 kali jugak cuci untuk buang hanyir tu
gambar siap cuci takde sebab aku lupa nak snap. 

Ni masa hidupkan api untuk biar jadi bara untuk salai. Memang pakai kayu je. Tak pakai arang

Kupas kelapa pun sendiri untuk mesin and untuk buat santan

ni masa tengah kupas

ni masa mesin kelapa, masa tengah perah untuk buat santan pun aku tak amik gambar, sebab aku tengah buat keje

ni la keje aku, bahagian paling senang, huhu. 
siang ayam,bersihkan ayam, and goreng ayam

Ni masa tengah makan. Sori guys takde gambar yang proper sikit sebab terlupa nak snap gambar masa dah siap masak. 

Rasa memang terbaik ah. Sedap sampai menjilat jari kate ko.  Next time maybe aku akan banyak update pasal makanan je la kot. And kalau ada benda menarik nak cerita aku akan selit2 la jugak

Thanks pada yg sudi luangkan masa membaca. Kalau korang nampak ada iklan kat blog aku ni tolong la klik ye. Jasa anda akan daku hargai. 

Saturday, February 23, 2019

KEMBALI AKTIF

Assalamualaikum..

hai korang.. hahha..eh ada lagi ke visitor kat blog ni.. macam takde je..
ye la lama tak update kan..
actually masa nak update tu tak ada sebab kekangan masa dek kerja..
waktu keje yang tak menggalakkan aku nak update blog selalu
sekarang in shaa allah nak active balik...

sebab bila dah keje klinik balik ni masa tu macam banyak sebab keje 8 jam je..ot pun ikut keperluan
dulu keje klinik jugak tapi resign
masuk keje kilang..keje nak masuk 4 tahun camtu, resign..keje 7eleven

keje 7eleven 5 bulan, resign
lepas sebulan resign, aku rejoin klinik balik
staff2 lama kat sini tak tau pun yang aku pernah keje klinik ni tp cawangan pilah
HR tak bagi diorang tau sebab nak diorg ajar aku macam staff baru
kalau tak nanti diorg lepas tangan

serius aku cakap suasana keje sini lain dari keje kat pilah
kat pilah keje ngan bos, ko lagi disiplin
sini bos jarang datang so diorang memang banyak buat ikut kepala sendiri
dengan bersepahnya ya allah
dengan senior yang suka marah marah staff baru
apa yang aku tau, banyak staff keje sekejap je pastu resign sebab sikap senior yang agak melampau

ye la kan tak semua orang cepat belajar kalau kat tempat baru lagi2 bila kena ingat ubat2 ni
nak mengajar kena la sabar
lain orang lain cara penerimaan
lepas tu jenis diorang bila salah terus sembur, bukan nak tegur elok2
nasib la hati aku kental

lagipun aku still ingat lagi ubat2 and dosage semua walaupun 4 tahun tinggalkan keje klinik
mungkin sebab jiwa aku memang kat sini
pergi mana2 pun akhirnya kembali keje kat klinik ni
dah masuk 4 bulan keje sini alhamdulillah masih kekal lagi di sini

staff staff lama je dah resign
sebab banyak kena marah
tak leh terima bila kena tegur dengan HR
so diorang surrender

aku pun makin tenang keje sini
HAHAHAHHAH

budak2 baru alhamdulillah ok sebab training bawah aku
bukan nak cakap aku bagus cuma aku tak suka garang2 ngan orang
sebab aku dah kena dulu dengan senior garang, so aku taknak diorg rasa benda sama
nak diorang belajar dengan tenang and ikhlas
so lagi cepat diorang belajar
taknak diorang datang keje takut2 sebab senior garang

harap diorang bertahan lama kat sini

so korang,nak mengajar budak2 baru make sure biar cara positif ok..korang tenang diorang pun tenang..

bye

Wednesday, June 18, 2014

PEMBANTU KLINIK

ASSALAMUALAIKUM

kenapa tajuk PEMBANTU KLINIK??

sebab aku nak bagitau situasi sebenar pekerjaan pembantu klinik...
ramai cakap kerja dalam klinik ni duduk sahaja hakikat sebenarnya TIDAK..
sama sahaja macam kerja tempat lain...tak ada istilah duduk sahaja...
kalau klinik tu jenis memang sentiasa ramai orang datang korang takkan dapat merasa DUDUK SAHAJA...

hakikatnya ramai yang tak mampu bertahan.....
lagi lagi masa awal awal kerja nak kena hafal ubat-ubatan, dos-dos, fungsi-fungsi ubat-ubat tu..
ingat senang ke sebab ada yang tak sanggup nak hafal lepas tu bagi alasan susah nak hafal...
hello..banyak cara nak bagi ingat benda-benda tu semua...bukan setakat hafal...

nak kena restock ubat lagi...weekly kena cleaning klinik lagi...
enter rekod pesakit yang datang hari tu...1 shift ada masa boleh cecah 50-60 orang..
tu belum 1 hari punya shift lagi...
memang nampak senang tapi dah kerja baru rasa susah nya..
tapi yang susah masa mula-mula kerja je...
dah lama-lama ok la
ye la masa mula-mula tu nak kena ingat semua yang aku cakap kat atas tu..

ada yang baru kerja satu hari/dua hari esoknya terus tak datang kerja...
bila call cakap nak resign..alasan susah nak hafal ubat..
aduhai..hendak seribu daya..
kerja mana yang senang...semua kerja susah masa mula-mula kan...
pokok pangkalnya hati...kental ke tak kental..tahan ke tak tahan..
sungguh ke tidak...
jadi sebelum mintak sesuatu kerja tak kira la apa-apa kerja sekalipun tanya pada hati betul-betul ke nak kerja tu..
lau niat tu betul in shaa allah semua kerja akan jadi mudah..
lagi satu jangan pandang semua kerja tu senang...
setiap pekerjaan berbeza cara kerjanya...

lagi satu jangan terlalu pandang rendah pada kerja seseorang...
tak kira la dia kerja ngan orang ke...kerja sendiri ke..
janji kerja mereka tu datang dari hasil yang HALAL..

jangan rasa kerja kita tu dah terlalu mulia sampai boleh pandang rendah dengan pekerjaan seseorang...
hormat orang tak kira apa pangkat sekalipun....


ok la rasa dah jauh melalut dari tajuk asal...
tujuan aku buat entry berkenaan PEMBANTU KLINIK ni sebab aku nak bukak mata orang sekeliling yang suka pandang mudah kat kerja PEMBANTU KLINIK ni..
sebab aku pun kerja sebagai PEMBANTU KLINIK jugak...
kami pun tak suka orang cakap kerja kami ni duduk sahaja setiap masa..
mana mana kerja susah tapi lau kita ikhlas, semua kerja jadi senang...
sebab tu semua tengok kerja kami ni relax je...
kalau nak tau cuba la mintak kerja jadi PEMBANTU KLINIK ni..
tapi dengan syarat pilih klinik yang memang sentiasa jadi tumpuan ramai...
jangan pilih klinik yang suam suam kuku...

luahan hati dari seorang pembantu klinik.....
wassalam